Pelali Hill Climb


Bukit Pelali terletak di Kota Tinggi dan mempunyai ketinggian kira-kira 191meter dari aras laut. Puncak Bukit Pelali merupakan puncak yang tertinggi di Kota Tinggi berbanding tempat lain di sekitarnya. Bukit Pelali diliputi oleh hutan tebal yang masih terjaga eko-sistemnya dan masih belum diterokai oleh sesiapa lagi kecuali oleh penduduk setempat yang pernah ke atas Bukit Pelali untuk melakukan ekspedisi penerokaan dan penyelidikan.

Setelah kajian dilakukan ke atas Bukit Pelali pihak syarikat kami mendapati tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti pendakian, aktiviti riadah perhutanan, pelancongan, penyelidikan dan juga sebagainya. Bukit Pelali ini sesuai untuk dijadikan asas kepada program pelancongan di sekitar Kota Tinggi ini memandangkan tempat ini berdekatan dengan Hotel Sebana, Hotel Pulai Springs Resort, Hotel Desaru Beach Resort dan sebagainya. Kota Tinggi juga sudah terkenal di kalangan-kalangan pelancong dari Singapura untuk berehat hujung minggu terutamanya di Desaru. Oleh kerana yang demikian pihak syarikat kami juga dapat menawarkan pakej pendakian di Bukit Pelali kepada pengunjung-pengunjung dari Singapura ini untuk merasai pengalaman ekspidisi yang lebih mencabar kepada mereka.

Program pendakian Bukit Pelali ini adalah amat sesuai kepada mereka-mereka yang tidak pernah merasai pengalaman mendaki gunung yang ingin mendapatkan pengalaman tersebut dengan bermula secara sederhana iaitu dengan mendaki Bukit Pelali ini. Bagi mereka yang berhasrat untuk memanjat gunung juga boleh menjadikan Bukit Pelali sebagai tempat mereka memanaskan badan atau melakukan persediaan latihan sebelum mereka benar-benar cergas untuk memanjat gunung sebenar kelak. Ianya juga sesuai untuk pendaki-pendaki di bawah umur 12 tahun kerana ekspedisi pendakian Bukit Pelali ini tidaklah sebegitu ekstrem seperti mendaki gunung.


PORTFOLIO


13th July 2011
Bandar Penawar Sports School