Corporate Info


   JENGJENGJENG ENTERPRISE  
merupakan syarikat bertaraf enterprise yang ditubuhkan dan beroperasi di Bandar Penawar, Desaru. Kami telah lama bergiat dalam industri handikraf dan pelancongan di Kota Tinggi. Kami juga telah berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri ini dan berkemampuan untuk menyumbang dan memajukan lagi sektor pelancongan terutamanya di Kota Tinggi. Kami berpengalaman menjalankan program membawa pelancong ke tempat destinasi yang ingin dilawati oleh mereka seperti membawa mereka ke Taman Buaya, Desaru Fruit Farm, Firefly, Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Pusara Si Bongkok, Ostrich Farm, Kota Johor Lama, mengadakan Program Kampung Tour, dan banyak lagi. Selari dengan Tahun Melawat Kota Tinggi 2011 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, syarikat kami juga bertungkus lumus untuk menjadikan tahun ini sebagai tahun yang cemerlang dalam industri pelancongan di Kota Tinggi.


Objektif,Misi &Visi

               JENGJENGJENG™  berpegang teguh dengan prinsip yang ingin dibawa dalam usaha menjadikannya sebuah syarikat yang berdaya saing dan berprestij dalam bidang pelancongan. Kami begitu percaya pada prospek industri pelancongan kerana ianya merupakan industri sihat yang membawa kebaikan dan keuntungan hampir kepada setiap golongan yang terlibat dalam industri ini. Oleh yang demikian kami begitu berdisplin dalam  menjadikan objektif, visi, dan misi syarikat kami menjadi kenyataan.

OBJEKTIF
  • Ingin membawa perubahan dan peningkatan kepada industri pelancongan di Kota Tinggi terutamanya dalam usaha menarik lebih ramai pelancong-pelancong hadir ke sini.
  • Ingin memberi info-info berlandaskan kepada ilmiah kepada pelancong-pelancong yang hadir ke sini terutamanya terhadap “eko-sistem” dan “biodiversiti”.


VISI
  • Ingin menggunakan pendekatan “eco-tourism” seperti mana disarankan oleh kerajaan dimana ianya merupakan pelancongan yang memberi kepentingan kepada alam sekitar dari segi penjagaan dan pengekalan dan bukan sekadar mengaut keuntungan semata-mata.

MISI
  • Ingin menjadikan Kota Tinggi  atau secara amnya Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang terkemuka bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.Kami juga bercita-cita menjadi sebuah agensi pelancongan yang terkemuka & terkenal di seluruh negara dan dunia.Di samping itu kami juga ingin membantu dan menaikkan lagi taraf hidup penduduk setempat.